29.12-10: Pagi2 hari sblum mandi aku dah start kete.. nak gi KL antar biniku gi kija.. lepas antar.. cari kedai makan.. aiya… duit dalam beg ada 5 inggit jah.. pusing cari bank kat jalan TAR.. susahnya parking di KL.. masuk parking bawah pertama komplek.. ambik duit, pas tu makan roti canai n teh tarik sambil baca paper.. bestt.. jalan2 naik bangunan mara.. shopping komplek suma tutup.. ngok ngek betul.. tengok jam baru pukul 9.. awal sgt.. teringat nak beli barang kat jalan pasar.. so gi jalan pasar.. nak cari set semburan kabus utk rumah walit.. utk naikkan humidity.. sambil2 tu beli amplifier.. nak gantikan amp kat dengkil yg dah rosak sebijik.. set semburan kabus harga yg paling murah pon dalam 3k.. hotak dia.. rugi xbeli kat jakarta hari tu.. 500 riya jah.. kena pikir jalan lain le.. teringat aku kepada sistem fertigasi..

aku terus balik n singgah sungai ramal, bangi.. tempat ladang lada.. dan ada jual set sistem tu… jumpa pengurus kat situ.. bincang2 utk nak beli set sistem fertigasi.. aku tak btau nak letak dalam rumah burung.. hhe, takut dia kata aku mereng.. aku cuma nak naikkan kelembapan dalam rumah burung je.. dan sistem fertigasi tanaman ni aku rasa boleh digunakan.. ni kira salah guna sistem atau mempelbagaigunakan sistem tu.. xkisahlah… dia pulak jual macam nak setup satu ladang.. xleh beli sikit2. xpa lah.. yg penting lagi murah dan mudah dibandingkan dengan guna semburan kabus… penuh bonet kete…

Tengahhari start la aku duk pasang sistem tu untuk siraman pokok2 kat depan rumah.. tangki aku pakai tong sampah besar yg pemaju bagi masa beli rumah dulu.. pump.. aku guna pump akuarium brand astro.. macam dah xda nama lain.. bekerjalah aku.. buat piping.. tebut sana.. tebuk sini.. kerat sana.. sambung sini.. pasang dripper.. set timer… dalam 4 jam siap… hmm… lepas ni memang xpayah siram lah.. set mesin ni akan siramkan pokok2 yang slalu duk layu ni untuk aku.. puah ati aku.. kira training le ni.. esok2 nak gi pasang kat dengkil plak.. untuk rumah burung yang mesin humiditynya yg sudah rosak.. jam dah pukul 4.. nak gi ambik bini n gi dan nak main badminton kat bangi… sekian.