Pelaburan

property… swiftlet… trading….

“Bijak Melabur Hartanah” Bersama Pie2020

Lokasi: 12-1 Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang Selangor

Masa: 10.00 pagi – 5.00 petang

 Yuran Hanya RM 280!!

Sahkan Penyertaan Anda Secepat Mungkin

Untuk Peluang Keemasan Ini dan dapatkan diskaun….

Bil

Tarikh

Dapatkan Rebet/ diskaun RM 50.00

1

12 Mei 2012

Bayar sebelum 5 Mei

2

13 Mei 2012

3

26 Mei 2012

Bayar sebelum 19 Mei

4

27 Mei 2012

5

9 Jun 2012

Bayar sebelum 2 Jun

6

10 Jun 2012

7

23 Jun 2012

Bayar sebelum 16 Jun

8

24 Jun 2012

10 orang penyertaan sahaja pada setiap sesi

Sila Daftar Sekarang!!...

Latarbelakang
Hartanah adalah adalah salah satu cabang pelaburan dan diketahui umum dan sesiapa sahaja berpeluang melabur dalam sektor ini. Ia merupakan pilihan ramai dan kebanyakan daripada kita memiliki sekurang-kurangnya memiliki satu rumah dalam hidup.

Pelaburan dalam hartanah menjadi pilihan kerana beberapa faktor. Faktor tersebut adalah seperti kestabilan harga, kadar peningkatan harga, sebagai sumber pendapatan tambahan daripada sewaan, hasil lebih tinggi berbanding pelaburan lain, boleh mencapai  kadar keuntungan yang tinggi daripada hasil jualan, boleh dibuat cagaran, boleh dapat pinjaman sehingga 90%  dan banyak lagi kelebihan lain.

Di Malaysia, ramai yang giat mengadakan seminar ke arah mendidik tentang kelebihan melabur dalam sektor hartanah. Pelaburan tidak saja dilakukan oleh individu, ada yang menjalankan pelaburan secara berkumpulan. Ada juga pihak syarikat yang menggunakan pelaburan hartanah sebagai sumber hasil tambahan selain untuk meningkatkan dari segi capital.
Perkongsian maklumat pada kali ini menerangkan kelebihan pelaburan hartanah sebagai salah satu sumber kewangan yang lumayan. Apa yang membuatkan ramai individu yang bertaraf jutawan begitu berminat dalam pelaburan ini. Bagaimana memulakan pelaburan ini jika tiada keyakinan.
Siapa Patut Hadir
Seminar yang dianjurkan ini lebih kepada memberi kesedaran dan pengetahuan kepada mereka yang berminat utk tahu tentang pelaburan dalam hartanah.  Seminar ini patut dihadiri oleh sesiapa sahaja yang masih tidak mahir dan kabur tentang pelaburan hartanah. Tidak kira tua atau muda, masih belajar atau telah bekerja.

Peserta dari yang ‘zero knowledge’ sehingga golongan pelabur yang berpengalaman. Ini kerana teknik Mr Pie ada perbezaannya dengan pelabur pelabur lain.

 Kelebihan Seminar Ini
Seminar yang dijalankan adalah berdasarkan perkongsian ilmu dan pengalaman berdasarkan pengalaman sebenar dan bukan sekadar teori dan formula matematik yang menunjukkan keuntungan di atas kertas semata-mata.
Seminar ini akan mengupas secara terperinci berkenaan dengan proses pembelian rumah  sub sale,  dengan pemaju dan lelong.  Bagaimana cara cara mengurangkan risiko pembelian rumah lelong.
selepas kursus tuan-puan akan diterima masuk ruangan FB tertutup iaitu ‘Alumni Seminar Jutawan Hartanah Pie2020′. di situ tuan-tuan boleh bertanyakan apa saja soalan dan mendapatkan tip-tips yang berguna sebagai panduan.
Sebagai makluman juga… kelas adalah dalam kuantiti yang kecil bagi membolehkan semua peserta dapatt bertanya soalan dengan beih jelas dan yang paling utama peserte saling mengenali samada dgn peserta dan juga penceramah….
Siapa Shafie Bustan
Mr Pie2020… full time terlibat dengan pelaburan hartanah…. 10 tahun pengalaman dalam pengendalian homestay… subsale… ‘flipping’… Sudah berpuluh puluh buah rumah dengan keuntungan berpuluh ribu pada setiap rumah…. perkongsian ilmu dan tips sebegini dapat memberi panduan dan gambaran kepada peserta dalam mengelakkan kerugian dan sebaliknya dapat memaksimakan keuntungan.
Pada Seminar ini juga Kita akan berkongsi real case study rumah yang dibeli.. dijual.. disewa… dijadikan homestay… siap dengan maklumat lokasi… harga dan lain lain beserta segala dokumen jual beli…

10 orang penyertaan sahaja pada setiap sesi!!…

Sila Daftar Sekarang!!…

Hubungi
Emel: benie9699@gmail.com

Facebook: benie suparmanBlog: http://benie9699.com/

Web: http://www.seminarjutawanhartanah.com/

okeh… ni cerita perjalanan…

hari pertama… sampai kat guangzhou…  jam 12 malam… mr melvin sudah tggu kat airport… kami 7 orang.. naik van menuju hotell… sejuk sikit… nak bandingkan ngan mesia.. sampai kat hotel kat area bandar guangzhou… ok gak le.. kelas 3 bintang je… sebab fungsi hotel adalah utk mandi pagi dan malam… dan tempat loading barang… hehhe… xperlu mahal-mahal… 280yuen= rm 14o semalaman..

ni le hotelnye.. hotel wan fu… dekat je ngan tempat beli belahh…

sampai kat hotel… hp aku plak xleh nak caj.. pagi pagi lepas bangun tido aku ke kedai hardware sbelah hotell.. punya la susah nak btau… last sekali aku pegi ambil sample kat hotell… baru bleh beli..

ni kedai pertama aku masuk kat sana… adapter tu dia jual kat aku singgit stengah… lepas tu cari kedai makan… lapau sejak semalam lagi lapar.. hehh.. makan kambing di pagi hari…

lepas tu kitaorang ke haiyin electronic… banyak gadjet pelik2 ada kat sana.. beli le aku barang yg pelik tu… macam macam.. pengesan kamera… lazer pointer.. telefon jammer.. camera remote.. pen dakwat tak nampak.. pen dakwat kene panas hilang tulisan..

belah malam plak round canton tower… lawa gak tower dia.. sempat le begamborr lebih kurang..

lawa tempat ni… tepi sungai.. sungai yg kapal pesiaran duk lalu lalang….

lawa tempat ni… pelancong pon ramai…

lepas tu on d way balik.. singgah kedai makan nasik arab… mahal nak mampuss… heheh… dalam rm200 makan 8 orang… tapi kelasss masakan dia.. ntah nama apa kedai dia… tapi ada gambar tok guru nik aziz… orang pas kot tokey kedai ni…

lepas tu balikk.. singgah kat beijing Lu… tempat shopping golongan pertengahan… jalan2… masuk le kedai reket lining… 2080yuen=rm1000 reket yg aku nak… citt mahal.. hahaha… tak beli… dapat begambar pon jadi le…

pusing punya pusing.. jejalan sesorang… aku pon balik hotell… sib baik jumpa ngan grup yg datang.. xle jalan sesorang dicelah bangunan yg gelap menuju hotel.. hehhe…

hari kedua…

lepas bangun tido.. pusing kawasan hotel japp.. tengok kedai kedai berhampiran.. masuk kedai hiasan dinding… lawa gakk..

tapi tak beli… besar.. susah nak bawak balik… harge pon dalan 60 hengget.. utk 3 gambar..

ok naik van lagi… nak pegi kawasan perabot kt fushon… sampai disana… makan dulu… bincang nak survey perabot yg macam mana… oleh kerana besar dia punya tempat.. decide gi 3 kawasan je daripada beratus… beribu buah kedai… entah berapa ratus ekar punya kawasan… beribu ekar kott,… pening2..

ni le meja yg aku berkenan… xleh beli sikit katanya… aku btau 10.. 20… huhhh… doploh pon dia kata sikit… sengall ini orang…

seharian kat sini… macam macam2… dari harga semurah2… sebingga semahal2 perabot ada kat sini… terlalu besar tempat ni… amat besau… seharian xhabis suku pon kawasan dia… lepas tu singgah smayang kat tmpat paling mahal perabotnya..

kat sini ada set sofa yang cecah rm100k… malas aku nak tengok sangat… geng2 timur tengah suka beli barang kat sini.. geng ben laden.. dan tokey minyakk… sini kene pandai tawarr…

nak transpot pon banyak… pilih sajeee… belambak agensi penghantar kat sini… nanti lah sambung…. nak tido dulu….

Ada bbrp orang tanya aku proses nak jual rumah… susah nak jawab tu.. sebab cerita dia panjang jugak.. dan berbeza ikut lokasi.. jenis rumah.. status tanah.. status… status… kat bawah ni apa yg aku bleh kongsi serba sikit cara-caranya…

ni kess bg yg tak mau guna broker le.. kalau malas nak pikir..  sila guna broker yg berdaftarr.. up le sikit harga tu utk fees broker.. tapi jgn tinggi sangat… susah nak juall nanti…

OK ni step dia… yg biasa aku buat…

Utk dapatkan dia punya harga..

1. fotosstat  s & p  & salinan geran umah (kalau ada), bawak pelan lantai umah.. scan sekali… scan dan gunakan format PDF… (senang nak emel nanti)

2. senaraikan sebarang renovation contoh ada pasang  wardrobe ke kitchen cabinet ker dll.. tambah dapor ke.. .

3. Pegi ke mana2 bank, cari yg bahagian pinjaman perumahan.. cakap nak jual rumah tu, mintak diorang value umah tu)…

4. Takpon tanya je orang sekitar tu nak jual berapa rumah ni… tanya agen pon buleh.. dia terus boleh tahu berapa harga…. boleh jugak tengok umah2 yg berdekatan & sama jenis, yg nak dijual. survey harga yg orang lain offer nak jual, dari situ pun boleh agak2 dah.

Proses Seterusnya

1. Iklan .. Letak banner kat pintu ke kat pagar ke.. kat tingkap ke… tulis.. FOR SALE.. untuk dijual.. dan letak no phone sekali..

2. View… bila org tepon.. setkan masa untuk jumpa/ view rumah tu… jumpa serentak pon boleh kalau ada ramai orang nak tengok…

3.   Booking… Kalau dah ada yg minat… mintak mereka bagi booking.. biasa book 2-3% daripada harga rumah.. lepas pembeli bagi booking.. keluarkan resit.. beli je resit kat kedai runcit 2 hengget tu.. tt resit.. 2 2 tandatangan lagi bagus..

atau tulis je atas kertas… saya (nama) mau jual ini rumah kepada (nama & IC) dengan harga … dan (nama) telah membayar deposit dengan harga …..  lepas tu.. ke 2 2 pihak tandatangan.. .

4. Proses Loan .. berikan SNP perjanjian jual beli lama.. ic fotosstat.. dan surat mengatakan nak jual rumah tu dengan harga berapa.. untuk pembeli nak masuk loan.. dan nak urusan dengan lawyer.. btau buat loan cepat.. kalau tak deposit hangus… bagi tempoh 2 minggu atau paling lama pon sebulan.. kalau dia datang cakap xjadi beli umah tu.. hanguslah deposit.. kalau dia cakap loan tak lepas… bagi le balik deposit tu.. bukan salah dia pon.. dah bank tak nak bagi loan… tu kena pastikan masa nak ambik booking tu… orang yg layak dan xda masalah sangat dgn bank nih..

5. SNP.. pilih peguam utk draf SNP (perjanjian jual beli).. suruh peguam sediakan… utk snp yg baru ni pembeli yg kene bayar.. buat snp ni bila loan dah lepas.. atau semasa pembeli dalam proses nak dapatkan loan…  bila dah puas hati dengan snp tu… set masa dengan pembeli.. utk sama-sama tandatangan agreement snp tu depan lawyer..

6. Down Payment.. semasa tandatangan agreement snp tu… pembeli perlu bayar baki bayaran d/p sebanyak 10%… bila dah tt tu… folo up je dengan lawyer.. dalm 2-3 bulan settle le tu..

7. Tempoh… biasanya kalau rumah freehold.. 2-3 bulan akan settle… kalau tak settle lepas bulan ke 3.. pembeli akan dikenakan caj 8-10% setahun dengan caj daily rate.. banyak gak tu… kalau rumah harga 100k.. sehari lewat.. dekat 30 hengget satu hari… kalau sebulan lewat?.. aku pernah kene.. lewat 8 bulan… hahah.. kali sendiri le..

Tapi bagi rumah leasehold.. dia kan kira tempoh 3 bulan bermula daripada mendapat concern dari pejabat tanah… maknanya kalau 5 bulan baru dapat concern.. tempoh 3 bulan tu start dari hari pertama dapat concern tersebut..

8.. Disburse… lepas dah selesai suma proses tu… tggu je le duit balance dari bank.. banyak tu… duit baki harga jualan tolak dengan d/p tolak dengan baki hutang… sebab rumah akan naik harga.. kita bayar bulanan kat bank… utang dah makin kecik…

sekian

  • Comments Off

Sear tak sedar dah setahun aku duk trading dalam pasaran hadapan minyak sawit mentah…

Dah banyak jugak yg dapat hasil…dan dah banyak duit hilang… dan kalau nak dapatkan 2-5 ratus sehari kira ok le..  tapi kalau target 2-3 ribu sehari dengan modal 1 lot… pendek kata lepas sebulan kering la duit dalam akaun..

Ramai yang tak tahu mengenai wujudnya pasaran hadapan. Kebanyakan hanya mengetahui mengenai pasaran saham. Tetapi apabila disebut mengenai pasaran hadapan, ramai masih  kabur dan tak tahu cammana nak hasilkan pulangan yg lumayan…

Pasaran buleh didapati dalam website Bursa Malaysia: yg penting ia mendapat kelulusan syariah dalam proses jual beli tersebut… sila rujuk website bursa malaysia sdri kalau xpercaya..

Pasaran hadapan agak sofistikated. Tetapi tak terlalu untuk difahami. Asalkan ada minat dan sikap nak tahu lebih sedikit maka peluang besar yang wujud di dalamnya.

dulu aku dan kekawan belajar dengan putra 78 (cheras).. dengan kos 1200 satu malam… kira berbaloi dengan maklumat dan ilmu yg disampaikan… sekarang ni dah jumpa ramai kawan2 melayu yg hidup dengan trade dalam pasaran saham hadapan…

Antara yg popular dan aku kenal… Mr Don (KL) try tengok http://www.tetaresources.com,  … Mr Pie 2020(Kajang) http://www2.pie2020.com/blog/ <- yg ni + + dengan bidang hartanah,  … mr Matt Demon (Kajang).. <- pakar dalam technikal analisis dan  Mr Din (KK)… <-trader untuk kompeni dan diri sendiri… (baru je balik dari jumpa dia kat kota kinabalu semalam) dia idup belah malam…  duk depan PC waktu siang… hahha… dan ramai lagi…

Mereka nih kejenya bukak pc jam 10.30-12.30… rehat 12.30-3.00… lepas tu tengok market balik jam 3-6 ptg.. nak kata benda nih xleh nak jana income… nama-nama kat atas tuh telah buktikan cpo adalah punca pendapatan mereka… punca pendapatan yang lumayan…

jadi kalau sesapa beminat nak belajar tu… banyak orang offer kelas kat luar tu… sebelum tu.. sila le tanya-tanya kepada yang tahu… kelas yg mana yg bagus utk diikuti… sebab ada yg terlalu detail.. bagi yg beginner… xsesuai nak folo kelas yg terlalu teknikal..

cadangan… cari guru yg bukak kelas utk 4-5 orang je peserta… sebab kita boleh tanya terus apa yg tak faham pada masa tu jugak.. kalau 2-3 puluh orang tu… susah dan malu nak tanya lebih2… sebab ia akan ganggu kelas dan penyampaian cikgu kat depan tu..

dulu aku punya kelas basic… hanya 4 orang je peserta… kelas yg advance masuk dengan mr don… 30 orang.. tu pon selepas 8 bulan aku duk trade dalam market cpo…

setakat nih dah 4 akaun dah bukak…. sebab bukak banyak… setiap akaun ada kelebihan dan kekurangan masing2… contohnya dari segi fee broker… platform chart yg ditawarkan.. Key in order sendiri (DMA)… order dengan broker pakai tepon.. pakai ym.. broker slow.. platform yg stabil… aku bukak dengan Apex… osk… Amfuture… dan  LT International Futures…

biasanya utk trade satu lot perlu masukkan 8-10k dalam akaun… dengan modal banyak tuh.. kalau bebetul disiplin dalam trade… dapat le dalam 2-3 ribu  je sebulan.. jgn target tinggi sangat… bahaya.. kerana risiko untuk rugi pon tinggi… cuba dapatkan 2-3 ratus sahaja sehari… jgn target nak dapat kan 2-3 ribu sehari, walau ia boleh dicapai… tapi risikonya amat tinggi… tinggi… setinggi gunung everesttt… hahha…

ok le… nanti lain kali nak cerita cam mana nak bukak akaun… cam mana cara nak belajar… dan cammana cara nak buat duit dengan hadap PC je… jual beli dalam talian future market..

nih contoh statement dengan satu lot aku boleh dapatkan dalam seribu dalam sehari… 

kalau trade… kalau nak main satu atau 2 lot… lepas dapat profit… keluarkan duit tu daripada akaunn.. sebab kalau tengok banyak dalam akaun… perasaan tamakk… rasa nak masuk 2-3 lot.. kalau untung ok le.. kalau dia buat rugi masa masuk 2-3 lot tu… sebab untung dan rugi berlaku hanya dalam beberapa minit.. kekadang dan selalunya hanya dalam beberapa saat…

kat bawah ni statement LT Internasional.. kalau nak tinggalkan 10k.. setiap apa yg lebih dari 10k dlam akaun tu.. bawak-bawak la keluar..  sila buat keluarkan duit tuuu.. kang tak merasa diut untung kalau duk dalam tu je..

ok le… tu yg untung… yang rugi pon ada… malas nak tunjuk… hehhhe… bye

‘Homestay, Guesthouse Putrajaya Precint 11, Putra Damai Apartment’… telah pon siap untuk didiami..

kalau berkunjung ke putrajaya kalau nak rasa duduk kat  ’Homestay, Guesthouse Putrajaya Precint 11, Putra Damai Apartment’ amatlah dialu-alukan..

berkonsepkan rumah kediaman yang selesa kepada pengunjung yang datang

bercuti / melancong / berkursus / bermesyuarat / dan lain-lain…

3 bilik tidur, 2 bilik air, . Bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas angin, katil , dan perkara asas lain….

Lokasi pun best.. kalau nak bercuti menginap di putrajaya ni.. sebab dia berhampiran dengan:

•       kedai runcit, kedai dobi.. kedai gunting rambut.. kedai saloon.. kat bawah je..

•        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan antaranya Kompleks A,B,C,D, E dan lain-lain.
•       Pusat membeli-belah ALAMANDA & Taman Warisan Presint 16.(8-15 minit)

•       KLIA & Litar F1 Sepang.(20-30 minit)
•       UPM, UKM, UNITEN, UiTM & MMU Cyberjaya.

ok.. bagi rumah ’Homestay, Guesthouse Putrajaya Precint 11, Putra Damai Apartment’…….  harga satu malam RM 160.00 je….

rumah dah siap dengan 3 katil single.. aircond.. 1 double yg queen kat bawah dgn 1 single kat atas..

selamat .. kalau tak puas hati… maklumkan kpd kami…

boleh hubungi melalui tel:  019-9924100 apis..

Boleh tengok gambar kat bawah…

ruang tamu...

katil bertingkat.. bawah queen.. atas single.. ada aircon...

bilik 2.. ada 2 katil single..satu katil single.. dengan kipas berdiri...

satu katil.. dengan kipas..

untuk tempahan… 019-9924100 apis..

  • Comments Off

Cara nak ppakat beli rumoh.. terbuka kepada anak cucu hj ibrahim shj..

nak melabur dalam hartanah di selangor?

sesapa yg ada pitis.. tak da/ kurang komitment dgn bank… nak melabur dalam hartanah.. nih offer baikk.. sekarang nih ada banyak rumah lelong kat kajang/ bangi…

kadar keuntungan:

ni contoh kadar untung.. kalu nak Joint Venture dgn aku..

beli lelong dengan harga 80 ribu… modal 10%..  jadi 8 ribu + lawyer 2 ribu.. + stamp duty.. cuci.. bersih.. pasang/ baiki kipas lampu 3 ribu… so jumlah 13 ribu…. loan bank jadi 72 ribu + mrta 3 ribu = 75 ribu… bayaran bulanan dalam 450… cukai tanah.. cukai pintu.. maintenent dalam 100 sebulan….. kalu bagi sewa dalam 550.. (xleh gapa2 la) tapi kalu sewa 600…  dapat la untung 50… (buleh la bagi la 25 inggit sorang).. dan ia mungkin lagi tinggi..

ok.. nih cara dia… tadi jumlah modal dalam 13 ribu… jadi… modal kena buat keluar sorang dalam 6.5 ribu.  lepas 4-5 bulan atau setahun bg sewa.. proses jual akan dilakukan… biasanya harga 30-40% daripada harga beli.. so anggaran harga ialah ~100-120k.. katakan jual 110 ribu.. maka balance ngan bank ialah 110 ribu-75 ribu= 45 ribu.. dan ditolak pula dengan kos lain spt denda bank dan lain-lain… dlm 3 ribu.. jadi belence yang tinggal ialah 42 ribu… (utung la ni weii)

jadi 42 ribu bahagi 2… sorang akan dapat dalam 21 ribu… ni aku kira harga stendard utung main rumah lelong di kajang.. tapi nak dapat… 4-5 kali gi lelong pon belum tetu bulih dgn hok harga kita target.. kena stanby pitis dan kena sabar la sikik..

ok.. sapa nak joint… sila tepon aku… ‘syle ppakat’ ni amat molek utk yg baru kerja (1-2 tahun) samaada belum atau baru kawin.. mari ppakat buat…… tak dak risiko.. sebab rumah atas nama yg nak melabur… nama aku dah tak leh pakai… bank xsir bui dah sebab over commitment…

macam contoh atas modal dalam 6-7 ribu.. xsampai setahun..buleh pulangan dalam 20 ribu..   kira ok la… xdak pelaburan buleh dapat lagu nin selain skim sepat kaya.. kalu kira peratus.. 223% setahun.. haha..

kalu berminat… kena intibiu dulu.. sebab nak buat agreement takut lepas beli.. pakai nama dia.. dia gi jual… make utong ssore..

sekian..

Salam Sejahtera.. Cerita Tentang Pelaburan Emas.. Diketahui ramai pelaburan ini memang menguntungkan.. confirm untung.. (long term inveestment) bacalah mana-mana artikel pon.. semua citer pasal untung.. PG plak buat produk Emas dengan Spread yg rendah.. 5-8%.. kan best.. kadar kenaikan emas pulak sentiasa tinggi… secara puratanya 25-30% setahun..  ok le.. tak mau citer pepanjang…

Hmmm… Kalau nak beli emas utk pelaburan nih.. anda tak perlu le terus pergi  Public Gold… kalau tak… memang berjanggut la nak kena tunggu… lebih-lebih lagi kalau baru 1st time… nak ambik no giliran… nak isi borang.. nak place order.. kurang-kurang  pon 1-2  jam.. tu kalau xde orang.. kalau ramai.. lagilah… penah aku kena tunggu 3-4 jam.. tapi…… utk cari pengalaman.. bagus jugak..

So cara paling mudah kalau nak beli Emas nih spt berikut:

1. Pergi ke laman web www.publicgold.com.my atau www.publicdinar.com  tengok harga PG Sell.. harga tu la yg nak kita kena bayar nanti… Harus diingat… harga akan berubah setiap 20 minit..

2.  lepas tu kena stanby maklumat diri untuk order.. beli dekat PG ke dengan agen ke.. sama je harga dia.. better beli ngan agen yg anda kenal… senang nak tanya apa-apa maklumat… dan ini maklumat yg perlu anda sediakan ialah untuk order:

i.        Nama:

ii.        I.c:

iii.        Alamat:

iv.        No Telefon:

v.        Emel:

vi.        Akaun Maybank @ PublicBank :

vii.        Barang yg Mau order, contoh:…
1pc x PJB001011
1pc x 100g

10pc x 10g

3. Lepas tu emel atau SMS maklumat tu kat agen.. sesambil tu tengok harga dekat website yg diberi mcm kat atas tu.. btau agen dulu tu sebelum  nak emel atau nak sms dan setuju dengan harga pada masa nak lock tu.. yg lebih baik…tanya agen tu dulu… bincang-bincang dulu.. lagi baguih.. buat sesi teh tarik (TT) dulu ngan agen..

4. Haa… selepas dah paham.. dah sedia utk lock harga… dan bila dah lock harga.. PG akan antar Sale Order @ bil yg anda kene bayar tuh melalui emel.. so pastikan bayaran tu dalam 1-3 hari kene settle.

5. Penting!!.. Sila simpan resit bayaran… faxkan resit bayaran kepada PG cawangan terdekat dan kena berhubung dengan PG untuk pastikan stock ada.. nanti tak pasal-pasal pegi ambik kat opis.. tiba-tiba stock takda.. tapi biasanya pihak PG akan call dan maklumkan untuk datang ambik stok..

6. Lepas PG dah call btau stok dah ada… pergi le ambik dengan senyuman, bawak resit bayaran original dan print sekali sale order tuu…. kerna esok harga emas akan terus naik dan lagi dan lagi…

*Harus diingat sebelum order tu kena pastikan bebetul memang comfirm nak beli.. takut dah ter’place’ order.. tak jadi beli pulak.. tak pasai-pasai nama kena blacklist ngan public gold.. xleh beli emas dah ngan PG lepas tu.. hehe..

Kalau nak baca keuntungan pelaburan emas nih.. try tengok link kat bawah nih:

-Slide Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan melalui Public Gold
http://www.box.net/shared/xg3vudfenm-Peluang Perniagaan Emas
http://www.box.net/shared/f84861ilm8
ebook rahsia emas
http://www.box.net/shared/nu1vje6d68
ebook Rich dad poor dad
http://www.box.net/shared/cjr3gk6q33
Public Gold Slide
http://www.box.net/shared/mvpsjna54q

Kalau nak jadi Ejen pon boleh… minima nak kena beli ialah 20K.. untungnye jadi ejen ni.. kalau yg normal dealer le.. dapat insentif 1%… kalau nak tahu lebih lanjut.. tepon je.. takpun emel pon boleh… so bolehla  saya boleh tolong jelaskan dgn lebih lanjut..

Sekian, terima kasih.

Benie Suparman Awang

Blog: http://benie9699.blog.com

h/p: 019-2606185

emel: benie9699@gmail.com

Kalau nak tambah untung dengan emas yg belambak duk simpan dalam lemari @ dalam safety box..

macam ni cara dia..

katakan nilai simpanan emas yg duk simpan tu dalam 10k.. ok… jgn jual utk melabur dalam emas ni.. sebab bila jual nilai yg kedai ambik below market value..

tu biasa la.. kalau nilai barang kemas 10k.. mungkin dapat jual dalam rm8.2k saja sebab kedai emas akan ambik dengan harga 18-20% below dari market
prise.. so kalu jual otomatik anda start nak melabur dengan rugi hampir 2 ribu.. moralnya jangan jual.. jangan dan jangan…

ok.. mula-mula sekali gadaikan barang kemas yg harga 10k tu dan anda akan dapat 6k.. dengan 6k tersebut.. beli gold bar atau dinar… diingatkan spreadnya 6% tauu….
(kecuali kalau anda agen dapat la dengan spread 4@5 %).. tak kisahlah,..
tak banyak sgt pon bezanya..

dengan andaian % kenaikan 25% sahaja setahun.. (sebenarnya mungkin lebih dari itu) maka selepas setahun nilai barang kemas yg ada pada anda ialah
10k + 25%x10k = 12500 ditambah dengan (6k + 25%x6k)-spread(6%x6k)= 7140.
so jumlah semua ialah RM19640… jual beberape keping dinar/ bar.. ambik 6k..  pegi tebus emas yg gadai hari tu..so baki jadi 13640.. jadi jumlah untung rm 3640 setahun..

berbanding kalau biar je dlm lemari… nilai simpanan brg kemas anda dapat dalam 2500..  beza rm1140..tapi harus di ingat.. upah simpan.. 0.8% sebulan.. so jumlah upah simpan rm960.. anda kena la tolak upah simpan nih.. maka 1140-960 = 180…

hahha.. setahun beza rm180 je berbanding simpan dalam lemari..
huh..Bonngoookk..

sebenarnye ada rahsia lain dalam cerita tu.. untung yg tersirat…bukan 180 aje kalau tahu cara nye.. tu pasal aku guna jugak kaedah ni walau Nampak tak untung….

selamat melabur dalam emas…

  • Comments Off

Bagi yg berminat nak melabur dalam emas terutama utk short term.. Sila beli emas fizikal yg spreadnya paling rendah… kalau dgn Public gold (PG) sila ambik yg 100g.. Spread cuma 5%.. (tapi yg 10g jgn beli spreadnya lebih 8%)…

Kalau produk sriayu pulak, rata2 produknya 6%.. Kalau modal kecik.. Baik beli sriayu.. yg terbaik bg produk sri ayu ialah dinar dan gold bar 5g.. sila ambil peluang…. fahamkan teknik utk maksimumkan untung… purata kenaikan emas setahun ~25-30%

*pesanan.. Jgn beli produk barang i-series atau barang kemas (kecuali nak buat perhiasan kerana spreadnya tinggi 10-18%).. utk tengok harga-sila rujuk www.publicgold.com.my dan www.sriayu.com….. kalau nak beli dan nak maklumat lanjut sila le bertanya…

  • Comments Off

Sejak bulan posa ni… sibuk memanjang..  sibuk duk antar n ambik bini aku kat KL…  Memandangkan kadar jem  di KL yg melampau terutama dalam bulan posa… maka terpaksalah aku ambik sebijik muto yg agak2 sesuai utk kerja2 ngantar dan ambik…. ter ambik lah mutor sym 200.. layan scooter jeee.. best le jugak…

Walau aku cukup tak suka jenama lain selain honda dan yamaha…  tapi disebabkan faktor2 yang tertentu terutama harga.. huhhhah… tai kira ok la… mm boleh duk lane 3 la kalau kat hiway… laju….. dan senang nak menyelit.. . nak sambau yamaha mahal plak.. tapii antar ambik ni utk bulan posa saja… bulan lain buleh pegi sdri…

Pasal emas pulak… tiadalah aku tahu sangat.. tapi org duk cerita untung manjang kalau babb emas nih… mengikut perkiraan aku… xda la untung sangat pon,… tapi ia selamat dan teerjamin.. tak macam main saham.. emas long termm.. n selamatt…

makanya… semalam selepas tengok rege emas jatuh… aku pon tepon le pok li… www.pokli.com… agen emas.. suruh dia lock utk layakkan aku jadi ejen..  lepas nih tak tahu la macam mana teknik aku nak buat… samaada nak gadai dan beli lagi, main beli dan jual.. cam saham.. takpon… ishh… nanti lah… pk pk dulu..

bila surf dalam internet ni pasal emas.. banyak cerita dia.. macam best pulak main emas ni.. rasa macam ramai geng.. kalau sesapa nak cerita kisah suka duka ttg emas ni.. aku nak sangat2 dengor.. sebab aku baru sangat2..

diam tak diam dah nak raya.. duit raya dah tukau.. esok balik kampung…

SELAMAT…..    SELAMAT HARI RAYA …..  MAAF ZAHIR BATIN

  • Comments Off